Friday 14 June 2013

Refleksi hasil belajar RekaCipta

Refleksi hasil belajar RekaCipta

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani…

Alhamdullilah….Akhirnya, projek kami dapat kami hasilkannya dengan jayanya…Terima kasih kepada ahli kumpulan dan Pensyarah kami yang kami sayangi dan sanjungi Pn Fadila dan En Ilham kerana banyak membantu.

Secara keseluruhannya, projek RC ini sangat menarik untuk diperkatakan dan begitu banyak pengalaman yang boleh diperolehi. Tema yang diberikan sangat menarik untuk kami mencetuskan idea dalam membantu industry IKS ini. Pengalaman di bengkel RC untuk menghasilkan model sangat membantu kami sebagai pelajar untuk terus maju memikirkan idea yang bernas dalam membantu industrui IKS ini.

Saya bersyukur kerana diberikan peluang untuk mempelajari sedikit sebanyak tentang Asas Rekacipta. Antara yang kami pelajari adalah sperti:
  • ·        Membuat lawatan dan memikirkan masalah
  • ·        Membuat lakaran dan buku idea
  • ·        Menghasilkan model.
  • ·        Menggunakan bahan yangtidak pernah saya gunakan seperti Pati dan sebagainya.
  • ·        Pembentangan.


Oleh itu, pada pendapat saya rekacipta perlu diteruskan disemua institusi di pengajian tinggi mahupun disekolah untuk menerapkan kepada generasi muda untuk menghasilkan ideayang inovatif dan kreativiti untuk mencapai sebuah Negara yang maju kelak.

Pengalaman menghasilkan model

Pengalaman menghasilkan model

Pembinaan sebuahmodel dapat menerangkan sebuah idea yang telah kita fikirkan selain lakaran yang telah kita hasilkan seperti yang pernah saya ceritakan sebelum ini tentang model.

Di sini saya mahu menceritakan secara ringkas bagaimana saya menghasilkan sebuah model. Didalam bengkel RC(RekaCipta) kami telah diberikan sebuah tema untuk menghasilkan sebuah produk iaitu untuk Industri Sederhana Kecil atau dikenali IKS.

Then kami mula lakukan lawatan ke IKS cari masalah dan kemudian kami menjumpai masalah di sebuah IKS membuat kerepek. Kami lihat masalah antaranya ialah sewaktu mengupas kerepek dan menyagat pisang..

Memang susah..Saya try untuk membuatnya dan saya rasa ada bahayanya semasa melakukan kerja tersebut. Dengan pisang tanduk yang  besar pastu kupas kulit taku terkena tangan je…dan masa menyagat pula dekat dengan kuali menyebabkan kami fikir kami perlu menfikirkan idea untuk tangani masalah tersebut.

Saya dan kumpulan saya pergibengkel RCdan mula membuat lakaran dengan menggunakan kaedah brainstorming melalui lukisan untuk mendapatka idea yang bernas dan kami menggabungkan setiap idea untuk membentuk sebuah idea yang menarik selamat dan ergonomic. Kami mula membuat model dengan menggunakan bahan seperti Styrofoam, pati simen, cat dan lain-lain la…

Styrofam untuk menghasilkan model



Hasilnya kami dapat menghasilkannya dengan bentuk yang kami inginkan..
Tula cerita secara ringkas…….


P/S: try tengok refleksi..

Harta Intelek dalam Rekacipta

Harta Intelek dalam Rekacipta

           Merupakan sebuah idea dan fikiran dalam sebuah ciptaan yang berlainan seterusnya dilindungi hak apabila terdapat ciptaan di bwah undang-undang yang telah dibina. Terdapat beberapa harta intelek yang dilindungi undang-undangnya antaranya ialah  :
Paten
·        Hak cipta
·        Cap
·        Dagangan
·        Rekabentuk perindustrian
·        Petunjuk geografi
·        Tekabentuk susun atur litar bersepadu

         Berdasarkan sumber Wikipedia, Jenis biasa hak harta intelektual termasuk hak cipta, cap dagang, paten, hak reka bentuk dagangan dan rahsia perdagangan dalam sesetengah perundangan. Harta intelek dalam bidang undang-undang merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.

         Dengan adanya harta intelek sesebuah Negara dapat meningkatkan tahap inovasi dikalangan rakyatnya dengan adanya hak pelindungan idea inovasi mereka. Untuk menjadi sebuah Negara yang maju, inovasi dan rekacipta perlu sentiasa bergerak dengan pantas termasuklah dikalangan muda sehingga ke dewasa untuk menghasilkan produk yang terkini bagi memudahkan taraf hidup manusia kini.

          Sebagai contoh, dapat kita lihat di mana perubahan telefon bimbit dalam kehidupan manusia. Dulu telefon hanya digunakan untuk  menelefon dan menghantar pesanan ringkas. Namun kini dengan revolusi rekacipta dan inovasi penggunaan telefon diluaskan penggunaannya sehingga ke internet dan aplikasi di dalam telefon tersebut.

Ada lagi sekarang guna ni??

Sekarang mesti guna nie..kan?

          Oleh itu, saya sarankan untuk pembaca sekalian teruskanlah maju untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Jangan risau hak anda akan terpelihara di bawah undang-undang yang terdapat pada masa kini.

P/S : Nak tau lebih tentang RekaCipta banyak kat cek laman web nie…

Video tentang Rekacipta

Video tentang Rekacipta

     Apa yang saya belajar semasa di kelas, untuk mendapatkan idea yang menarik kita boleh menonton video untuk mendapat inspirasi dalam mendapatkan sesuatu idea dan kreativiti….
     Tapi jangan pulak ciplak idea dalam video tu….
     Jom kita layan….


Pandai kan macam mane nak dapatkan cahaya dalam rumah ??

Then tengok nie..best invention 2011


Hebatkan ???

Kita rakyat malaysia pun boleh buat macam mereka cuma kita perlu sentiasa berfikir bagaimana untuk mendapatkan idea itu...Mereka dapat melalui pencarian masalah dan mereka perbetulkan dengan idea baru...



Wednesday 29 May 2013

Model


Model

Model merupakan salah satu cara untuk menterjemahkan idea yang telah dilukis dalam bentuk yang sebenar dalam saiz sebenar atau saiz yang lebih kecil. Secara teorinya, model boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu model blok dan model berfungsi.

Antara Bahan yang Digunakan Dalam Membuat Model iaitu Tanah Liat

Pelbagai bahan boleh digunakan dalam membina model. Untuk model blok bahan yang digunakan tidak semestinya bahan yang sebenar dan model boleh digunakan, sparuh digunakan atau tidak berfungsi.

Manakala model berfungsi pula ialah model dari bahan sebenar yang boleh berfungsi dan boleh digunakan. Selain itu, model berfungsi ini juga merupakan model yang dalam saiz atau skala yang betul.

Teknologi semakin berkembang dalam pembuatan model. Designer pada masa kini dapat memterjemahkan segala idea lukisan mereka kedalam bentuk sebenar sama ada dalam bentuk berskala sebenar atau tidak.
Lihat video dibawah dalam proses membuat model dengan menggunakan teknologi terkini dan menghasilkan model blok.



Bagaimana dengan ini....Adakah model?


Dalam saiz sebenar dan menggunakan tanah liat...


Sunday 12 May 2013

Permasalahan dalam IKS

Permasalahan dalam IKS

IKS merupakan sebuah industri sederhana kecil yang dijalankan untuk memberi pendapatan kepada seseorang atau sebuah organisasi. Sebuah kumpulan kecil yang terdiri daripada saya dan rakan saya telah melakukan tinjauan di Industri kecil sederhana.

Tinjauan pertama kami, di Kampung Medan Sari Pontian. Industri pembuatan kerepek pisang yang telah dijalankan oleh salah seorang penduduk kampung tersebut. Hasil pemantauan, kami dapati terdapat beberapa permasalahan yang mampu kami fikirkan dan selesaikan. Antaranya :

Proses ketika mengupas pisang
Proses menyagat pisang


Kedua-dua proses di atas sukar untuk dilakukan. Oleh yang demikian, kepakaran diperlukan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Hasilnya, kumpulan rekacipta di adakan untuk menyelesaikan atau memudahkan proses-proses di atas.

Industri Kecil Sederhana

Industri Kecil Sederhana



IKS kini semakin giat dijalan di pelbagai tempat. Industri kecil sederhana meliputi pelbagai jenis indutri termasuklah pembuatan kerepek, keropok lekor, roti, tikar, anyaman, batik dan lain-lain. Industri ini merupakan perusahaan kecil yang ditempatkan dikampung-kanpung dan diusahakan oleh orang-orang kampung untuk mengeluarkan barang yang mudah dalam bentuk tradisional atau semasa.

IKS mempunyai ciri-ciri berikut ;

a) bertempat di desa
b) berskala kecil-kecilan
c) menggunakan bahan mentah tempatan
d) berasaskan teknologi tradisional
e) bermodal kecil
f) berasaskan tenaga buruh mahir dan kurang mahir.

Monday 18 March 2013

Rekacipta?

Rekacipta
 
Rekacipta...
 
Adakah ini rekacipta?
 
Kipas penyejuk makanan
 
 
Tanpa menggunakan pemetik api.
 
 
Pembakar roti
 
 
 
                Rekacipta membawa maksud sesuatu yang unik, kaedah atau proses atau kaedah baru dalam menghasilkan sesuatu produk atau bahan bagi memenuhi kehendak masa kini atau akan datang. Berasaskan tiga konsep utama iaitu minda, kemahiran, atau nilai. Setiap perubahan keatas sesuatu ciptaan adalah untuk memenuhi kehendak manusia yang tiada hadnya.
 
Bagaimana dengan ini???
 
 

Lebih mudah menggunakan ubat mata?
 
Tangki penyimpanan air mudah alih..
 
 
Adakah anda berani menggunakan tali pinggang ini??




Monday 4 March 2013

Idea dan lakaran

 
Idea dan Lakaran
 
           Lakaran merupakan langkah pertama dalam merealisasikan sesuatu idea yang dapat menterjemahkannya dalam bentuk sesebuah lukisan. Sebelum memperlihatkan sesuatu rekabentuk tidak apa jua  yang berkaitan seni visual ianya bermula dengan lakaran-lakaran cambahan idea.

 
 
 Contoh lakaran dalam seni visual - Buah-buahan Malaysia
Lakaran Rama-rama
 
 
          Sesuatu idea itu boleh dihasilkan melalui pelbagai kaedah. Antara kaedah yang biasa dilakukan dalam mendapatkan idea ialah dengan menggunakan kaedah sumbangsaran atau pencambahan fikiran (brainstorming). Kaedah ini merupakan kaedah yang meluas digunakan dalam pencambahan idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Malah, kaedah ini juga digunakan dengan meluas di institusi-institusi pendidikan. Namun demikian, percambahan idea juga boleh digunakan dengan menggunakan kaedah percambahan fikiran menggunakan lakaran. Dengan menggunakan lakaran, bentuk atau idea dapat direalisasikan dalam bentuk gambaran atau idea.
 
Lakaran 1


Lakaran 2
 
 
       Sesuatu lakaran boleh dihasilkan dengan melukis segala idea yang dapat difikirkan tanpa memikirkan logik sesuatu dalam bentuk lakaran. Kepentingan Lakaran Tangan Bebas (Sketching) di dalam Kejuruteraan Mekanikal, Rekabentuk (Design) dan sebagai bahasa komunikasi teknikal tidak boleh dipandang ringan. Seseorang pelukis pelan mestilah berkebolehan untuk melahirkan idea yang lengkap, memproses idea dengna pantas, tepat serta jelas diatas kertas.
 
 
Ada pepatah menyatakan "Sekeping gambar menggambarkan seribu perkataan"
 


Monday 25 February 2013

What is Creativity

What is Creativity


Creativity is the impetus behind any given act of creation: inventions, compositions, etc. It is a fundamental human compulsion and largely related to notions of what separates human from machine intelligence.
The range of scholarly interest in creativity includes a multitude of definitions and approaches involving several disciplines; psychology,cognitive scienceeducationphilosophy (particularly philosophy of science), technologytheologysociologylinguisticsbusiness studies, and economics, taking in the relationship between creativity and general intelligence, mental and neurological processes associated with creativity, the relationships between personality type and creative ability and between creativity and mental health, the potential for fostering creativity through education and training, especially as augmented by technology, and the application of creative resources to improve the effectiveness of learning and teaching processes. 
Source : Wiki


Building Creativity Design
Piano Music Academy in China
Creative Media Centre in Hong Kong

Product Creativity Design