Wednesday 29 May 2013

Model


Model

Model merupakan salah satu cara untuk menterjemahkan idea yang telah dilukis dalam bentuk yang sebenar dalam saiz sebenar atau saiz yang lebih kecil. Secara teorinya, model boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu model blok dan model berfungsi.

Antara Bahan yang Digunakan Dalam Membuat Model iaitu Tanah Liat

Pelbagai bahan boleh digunakan dalam membina model. Untuk model blok bahan yang digunakan tidak semestinya bahan yang sebenar dan model boleh digunakan, sparuh digunakan atau tidak berfungsi.

Manakala model berfungsi pula ialah model dari bahan sebenar yang boleh berfungsi dan boleh digunakan. Selain itu, model berfungsi ini juga merupakan model yang dalam saiz atau skala yang betul.

Teknologi semakin berkembang dalam pembuatan model. Designer pada masa kini dapat memterjemahkan segala idea lukisan mereka kedalam bentuk sebenar sama ada dalam bentuk berskala sebenar atau tidak.
Lihat video dibawah dalam proses membuat model dengan menggunakan teknologi terkini dan menghasilkan model blok.



Bagaimana dengan ini....Adakah model?


Dalam saiz sebenar dan menggunakan tanah liat...


Sunday 12 May 2013

Permasalahan dalam IKS

Permasalahan dalam IKS

IKS merupakan sebuah industri sederhana kecil yang dijalankan untuk memberi pendapatan kepada seseorang atau sebuah organisasi. Sebuah kumpulan kecil yang terdiri daripada saya dan rakan saya telah melakukan tinjauan di Industri kecil sederhana.

Tinjauan pertama kami, di Kampung Medan Sari Pontian. Industri pembuatan kerepek pisang yang telah dijalankan oleh salah seorang penduduk kampung tersebut. Hasil pemantauan, kami dapati terdapat beberapa permasalahan yang mampu kami fikirkan dan selesaikan. Antaranya :

Proses ketika mengupas pisang
Proses menyagat pisang


Kedua-dua proses di atas sukar untuk dilakukan. Oleh yang demikian, kepakaran diperlukan untuk mendapatkan hasil yang memuaskan. Hasilnya, kumpulan rekacipta di adakan untuk menyelesaikan atau memudahkan proses-proses di atas.

Industri Kecil Sederhana

Industri Kecil Sederhana



IKS kini semakin giat dijalan di pelbagai tempat. Industri kecil sederhana meliputi pelbagai jenis indutri termasuklah pembuatan kerepek, keropok lekor, roti, tikar, anyaman, batik dan lain-lain. Industri ini merupakan perusahaan kecil yang ditempatkan dikampung-kanpung dan diusahakan oleh orang-orang kampung untuk mengeluarkan barang yang mudah dalam bentuk tradisional atau semasa.

IKS mempunyai ciri-ciri berikut ;

a) bertempat di desa
b) berskala kecil-kecilan
c) menggunakan bahan mentah tempatan
d) berasaskan teknologi tradisional
e) bermodal kecil
f) berasaskan tenaga buruh mahir dan kurang mahir.