Wednesday 29 May 2013

Model


Model

Model merupakan salah satu cara untuk menterjemahkan idea yang telah dilukis dalam bentuk yang sebenar dalam saiz sebenar atau saiz yang lebih kecil. Secara teorinya, model boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu model blok dan model berfungsi.

Antara Bahan yang Digunakan Dalam Membuat Model iaitu Tanah Liat

Pelbagai bahan boleh digunakan dalam membina model. Untuk model blok bahan yang digunakan tidak semestinya bahan yang sebenar dan model boleh digunakan, sparuh digunakan atau tidak berfungsi.

Manakala model berfungsi pula ialah model dari bahan sebenar yang boleh berfungsi dan boleh digunakan. Selain itu, model berfungsi ini juga merupakan model yang dalam saiz atau skala yang betul.

Teknologi semakin berkembang dalam pembuatan model. Designer pada masa kini dapat memterjemahkan segala idea lukisan mereka kedalam bentuk sebenar sama ada dalam bentuk berskala sebenar atau tidak.
Lihat video dibawah dalam proses membuat model dengan menggunakan teknologi terkini dan menghasilkan model blok.



Bagaimana dengan ini....Adakah model?


Dalam saiz sebenar dan menggunakan tanah liat...


0 comments:

Post a Comment