Friday 14 June 2013

Harta Intelek dalam Rekacipta

Harta Intelek dalam Rekacipta

           Merupakan sebuah idea dan fikiran dalam sebuah ciptaan yang berlainan seterusnya dilindungi hak apabila terdapat ciptaan di bwah undang-undang yang telah dibina. Terdapat beberapa harta intelek yang dilindungi undang-undangnya antaranya ialah  :
Paten
·        Hak cipta
·        Cap
·        Dagangan
·        Rekabentuk perindustrian
·        Petunjuk geografi
·        Tekabentuk susun atur litar bersepadu

         Berdasarkan sumber Wikipedia, Jenis biasa hak harta intelektual termasuk hak cipta, cap dagang, paten, hak reka bentuk dagangan dan rahsia perdagangan dalam sesetengah perundangan. Harta intelek dalam bidang undang-undang merujuk kepada hasil kreativiti manusia yang merangkumi pelbagai perkara seperti karya muzik, sastera dan seni; rekacipta; dan simbol, nama, imej dan reka bentuk yang digunakan dalam perniagaan termasuk hak cipta, cap dagangan, paten dan hak-hak lain yang berkaitan. Di bawah undang-undang harta intelek, pemegang salah satu dari harta-harta yang bersifat abstrak ini mempunyai hak-hak eksklusif tertentu untuk harta intelek yang mereka cipta.

         Dengan adanya harta intelek sesebuah Negara dapat meningkatkan tahap inovasi dikalangan rakyatnya dengan adanya hak pelindungan idea inovasi mereka. Untuk menjadi sebuah Negara yang maju, inovasi dan rekacipta perlu sentiasa bergerak dengan pantas termasuklah dikalangan muda sehingga ke dewasa untuk menghasilkan produk yang terkini bagi memudahkan taraf hidup manusia kini.

          Sebagai contoh, dapat kita lihat di mana perubahan telefon bimbit dalam kehidupan manusia. Dulu telefon hanya digunakan untuk  menelefon dan menghantar pesanan ringkas. Namun kini dengan revolusi rekacipta dan inovasi penggunaan telefon diluaskan penggunaannya sehingga ke internet dan aplikasi di dalam telefon tersebut.

Ada lagi sekarang guna ni??

Sekarang mesti guna nie..kan?

          Oleh itu, saya sarankan untuk pembaca sekalian teruskanlah maju untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Jangan risau hak anda akan terpelihara di bawah undang-undang yang terdapat pada masa kini.

P/S : Nak tau lebih tentang RekaCipta banyak kat cek laman web nie…

0 comments:

Post a Comment