Monday 18 March 2013

Rekacipta?

Rekacipta
 
Rekacipta...
 
Adakah ini rekacipta?
 
Kipas penyejuk makanan
 
 
Tanpa menggunakan pemetik api.
 
 
Pembakar roti
 
 
 
                Rekacipta membawa maksud sesuatu yang unik, kaedah atau proses atau kaedah baru dalam menghasilkan sesuatu produk atau bahan bagi memenuhi kehendak masa kini atau akan datang. Berasaskan tiga konsep utama iaitu minda, kemahiran, atau nilai. Setiap perubahan keatas sesuatu ciptaan adalah untuk memenuhi kehendak manusia yang tiada hadnya.
 
Bagaimana dengan ini???
 
 

Lebih mudah menggunakan ubat mata?
 
Tangki penyimpanan air mudah alih..
 
 
Adakah anda berani menggunakan tali pinggang ini??




Monday 4 March 2013

Idea dan lakaran

 
Idea dan Lakaran
 
           Lakaran merupakan langkah pertama dalam merealisasikan sesuatu idea yang dapat menterjemahkannya dalam bentuk sesebuah lukisan. Sebelum memperlihatkan sesuatu rekabentuk tidak apa jua  yang berkaitan seni visual ianya bermula dengan lakaran-lakaran cambahan idea.

 
 
 Contoh lakaran dalam seni visual - Buah-buahan Malaysia
Lakaran Rama-rama
 
 
          Sesuatu idea itu boleh dihasilkan melalui pelbagai kaedah. Antara kaedah yang biasa dilakukan dalam mendapatkan idea ialah dengan menggunakan kaedah sumbangsaran atau pencambahan fikiran (brainstorming). Kaedah ini merupakan kaedah yang meluas digunakan dalam pencambahan idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Malah, kaedah ini juga digunakan dengan meluas di institusi-institusi pendidikan. Namun demikian, percambahan idea juga boleh digunakan dengan menggunakan kaedah percambahan fikiran menggunakan lakaran. Dengan menggunakan lakaran, bentuk atau idea dapat direalisasikan dalam bentuk gambaran atau idea.
 
Lakaran 1


Lakaran 2
 
 
       Sesuatu lakaran boleh dihasilkan dengan melukis segala idea yang dapat difikirkan tanpa memikirkan logik sesuatu dalam bentuk lakaran. Kepentingan Lakaran Tangan Bebas (Sketching) di dalam Kejuruteraan Mekanikal, Rekabentuk (Design) dan sebagai bahasa komunikasi teknikal tidak boleh dipandang ringan. Seseorang pelukis pelan mestilah berkebolehan untuk melahirkan idea yang lengkap, memproses idea dengna pantas, tepat serta jelas diatas kertas.
 
 
Ada pepatah menyatakan "Sekeping gambar menggambarkan seribu perkataan"