Idea dan Lakaran
Lakaran merupakan langkah pertama dalam merealisasikan sesuatu idea yang dapat menterjemahkannya dalam bentuk sesebuah lukisan. Sebelum memperlihatkan sesuatu rekabentuk tidak apa jua yang berkaitan seni visual ianya bermula dengan lakaran-lakaran cambahan idea.
Contoh lakaran dalam seni visual - Buah-buahan Malaysia
Lakaran Rama-rama
Sesuatu idea itu boleh dihasilkan melalui pelbagai kaedah. Antara kaedah yang biasa dilakukan dalam mendapatkan idea ialah dengan menggunakan kaedah sumbangsaran atau pencambahan fikiran (brainstorming). Kaedah ini merupakan kaedah yang meluas digunakan dalam pencambahan idea bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Malah, kaedah ini juga digunakan dengan meluas di institusi-institusi pendidikan. Namun demikian, percambahan idea juga boleh digunakan dengan menggunakan kaedah percambahan fikiran menggunakan lakaran. Dengan menggunakan lakaran, bentuk atau idea dapat direalisasikan dalam bentuk gambaran atau idea.
Lakaran 1
Lakaran 2
Sesuatu lakaran boleh dihasilkan dengan melukis segala idea yang dapat difikirkan tanpa memikirkan logik sesuatu dalam bentuk lakaran. Kepentingan Lakaran Tangan Bebas (Sketching) di dalam Kejuruteraan Mekanikal,
Rekabentuk (Design) dan sebagai bahasa komunikasi teknikal tidak boleh dipandang
ringan. Seseorang pelukis pelan mestilah berkebolehan untuk melahirkan idea
yang lengkap, memproses idea dengna pantas, tepat serta jelas diatas kertas.
Ada pepatah menyatakan "Sekeping gambar menggambarkan seribu perkataan"